-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Tuesday, September 22, 2015

Rumah (House of) Tengku Fatimah Zaharah

Kita beralih ke Bangi, Selangor...
We move on to Bangi, Selangor...


Tidak jauh daripada kampus utama Universiti Kebangsaan Malaysia atau UKM terdapat Taman Pantun UKM.
Not far from the main kampus of Universiti Kebangsaan (National University of) Malaysia or UKM there exists the Taman Pantun (poetry garden of) UKM.



Terdapat sebuah rumah tradisional Melayu yang agak besar...
There  lies a rather big Malay traditonal house...




Maklumat yang terdapat kurang jelas...
The information available is not clear...


.


Tapi saya dapat membaca bahawa rumah ini asalnya milik Tengku Fatimah Zaharah, seorang kerabat diraja Kelantan...
But I could read that this house originally belonged to Tengku Fatimah Zaharah, a member of the Kelantan royalty..





Berusia lebih 100 tahun, ia telah dipindahkan ke sini dari Kota Bahru, Kelantan pada tahun 2000...
Aged more than 100 years old, it was relocated to here from Kota Bahru, Kelantan in the year 2000...
























3 comments:

Radzi Sapiee said...

OK. Maklumat yang saya perolehi daripada perkongsian orang lain di FB tentang rumah ini, ditulis oleh Ku Faisal Fais Rawa :-


Ini bukan omongan kosong, tetapi satu kisah yang benar iaitu kisah Istana Tengku Bongsu. Asalnya rumah ini terletak di Jalan Mahmud, Kota Bharu. Bagaimanapun masa merubah segala-galanya dan kini terletak di laluan Jalan Bangi Lama yang kawasannya menghijau dikelilingi pokok-pokok. Lokasi tepatnya adalah di Taman Pantun, Universiti Kebangsaan Malaysia, Istana ini ditempatkan disini bagi pengisian kepada Muzium Etnologi Dunia Melayu di bawah seliaan Jabatan Muzium Negara.

Pihak Muzium Negara mentakrifkan binaan tersebut sebagai Rumah bagi golongan bangsawan, namun dalam kefahaman masyarakat Kelantan, rumah yang didiami oleh bangsawan merupakan sebuah Istana. Ciri-ciri Istana ini yang unik dibina dengan falsafah yang tinggi, selain itu ia juga dihiasi dengan ukiran tradisi masyarakat Kelantan dan Patani. Suatu masa dahulu rumah-rumah di Kelantan merupakan satu daya tarikan pelancong ke Kelantan berikutan seni ukiran yang terdapat pada rumah kediaman yang dibuat dengan penuh ketelitian dan ia sangat menarik pelancong untuk menyaksikan sendiri keunikan kediaman orang Kelantan.

Persoalannya, kenapa Istana ini boleh dipindahkan jauh dari lokasi asalnya. Kemanakah perwarisnya?

Latar Belakang

Masyarakat Kelantan melihat kediaman golongan bangsawan sebagai Istana, manakala kediaman rakyat disebut sebagai rumah. Justeru rumah yang sedang dibicarakan ini dalam pandangan orang Kelantan merujuknya sebagai Istana Tengku Bongsu. Menyelidiki latar belakang pemilik rumah ini membuatkan penulis sedikit keliru kerana maklumat yang dicapai dari Internet bercanggah dengan maklumat yang dikeluarkan oleh pihak Muzium.

Rumah ini dinamakan sebagai Istana Tengku Bongsu oleh rata-rata rakyat Kelantan terutama mereka yang juga perwaris kepada pemilik rumah yang asal, pihak Muzium pula menyatakan bahawa rumah itu diberi nama sebagai Rumah Tengku Fatimah Zahrah maklumat tersebut kerana Tengku Bongsu dan Tengku Fatimah adalah individu yang berlainan. Jauhar Kalam sebuah blog menyatakan bahawa rumah tersebut merupakan milik Tengku Bongsu yang juga dikenali sebagai Tengku Kalsum binti Sultan Ahmad, Sultan Kelantan 1886-1889 dengan suaminya Tengku Chik. Jabatan Muzium melalui Berita JMM Jilid 14 Bilangan 2 menyatakan rumah tersebut dimiliki oleh Tengku Hamidah binti Tengku Mansor beliau juga merupakan puteri bongsu kepada Tengku Mansur. Menariknya, Tengku Kalsum dan Tengku Hamidah merupakan isteri kepada Tengku Chik.

Radzi Sapiee said...

Sambungan :-


Kesimpulannya, rumah ini diberi nama sebagai Istana Tengku Bongsu kerana Tengku Kalsum binti Sultan Ahmad dan Tengku Hamidah binti Tengku Mansor merupakan Puteri Bongsu serta bersuamikan Tengku Chik Tuan Abdullah ibni Almarhum Sultan Mansur. Pasangan ini dikurniakan tiga orang zuriat iaitu:

Tengku Zainal Abidin bin Tengku Chik Tuan Abdullah [anak dengan Tengku Kalsum]
Tengku Fatimah Zaharah binti Tengku Chik Tuan Abdullah [anak dengan Tengku Kalsum]
Tengku Zainab binti Tengku Chik Tuan Abdulah [anak dengan Tengku Hamidah]

Status kediaman tersebut hanya layak digelar sebagai "rumah" sahaja walaupun binaan dan hiasan dalamannya menyamai sebuah "Istana" dalam golongan bangsawan Kelantan berikutan pemilikan rumah tersebut jatuh kepada Tengku Hamidah dan bukan kepada Tengku Kalsum, Tengku Fatimah Zahrah pula merupakan penghuni terakhir. Justeru itu kediaman tersebut telah diberi nama Rumah Tengku Fatimah Zaharah oleh Jabatan Muzium Malaysia walaupun umum di Kelantan mengenali rumah tersebut sebagai Istana Tengku Bongsu.

Tengku Fatimah Zaharah hanya mempunyai seorang anak angkat iaitu Puan Saleha Abdullah. Semasa hayatnya beliau ada mewasiatkan rumah tersebut secara lisan yang tidak didedahkan siapa perwarisnya dan ini menimbulkan perebutan dikalangan perwaris setelah Tengku Fatimah mangkat pada tahun 1999 di Istana Tengku Bongsu. Hak penjagaan istana tersebut telah diserahkan kepada Tengku Ahmad Shihabuddin yang juga anak kepada Tengku Zainal Abidin. Belaiulah individu yang menguruskan harta pusaka ini dan jalan terbaik untuk mengelakkan persengketaan di kalangan perwaris adalah dengan menjualnya kepada pihak berwajib. Pada tahun 2000 Istana Tengku Bongsu dibeli oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia. Dipercayai binaan Istana Sri Akar sama dengan Istana Tengku Bongsu ini, kerana itu pihak muzium berminat untuk memulihara rumah tersebut memandangkan Istana Sri Akar telah roboh dengan sendirinya setelah Tengku Mahmud Mahyideen keluar dari istana tersebut dalam tahun 1950an.

Semasa penempatan semula, modul tidak bergerak telah dijual kepada pihak lain, oleh kerana itu Istana yang terletak di Taman Pantun UKM ini merupakan 1/3 dari saiz asalnya. Bagi pengamat seni ukir dan binaan tradisional Kelantan, Istana Tengku Bongsu merupakan satu protaip yang amat signifikan namun, ia tidak asli lagi sebagaimana binaan semula Masjid Kampung Laut di Nilampuri.

_ said...

Rujukan Muzium itu jelas silap. Lebih2 lagi memetik hanya dari sumber anak angkat dan tidak dari anak-anak sebenar Tengku Zainal Abidin @ Tengku Sri Wangsa. Tengku Hamidah Tengku Mansor itu sebenarnya tidak wujud. Tengku Chik hanya beristerikan Tengku Bongsu binti Sultan Ahmad sahaja. Nama Islamik sebenar Tengku Bongsu tidak dapat dipastikan kerana kekeliruan antara Hamidah atau Kalsum berikutan ketiadaan rekod rasmi ketika itu. Perlu dimaklumkan bahawa Tengku Bongsu bernasab terus dari Sultan manakala Tengku Chik hanya kerabat biasa. Mereka memiliki hanya dua anak iaitu Tengku Zainal Abidin ( abang, meninggal 1947 ) dan Tengku Fatimah Zaharah ( adik, meninggal 1999 ).

Saya tahu kerana saya pernah memeriksa bukti rekod transaksi sebidang tanah Tengku Bongsu kepada Tengku Zainal Abidin bertarikh 1919 dan juga kerana saya adalah cucu kandung kepada Tengku Zainal Abidin.